Kire catat perbelanjaan terus daripada notifikasi bank, tunjuk berapa yang selamat dibelanja sampai hari gaji, dan bantu anda langsaikan pinjaman. Dibina untuk Malaysia. Semua data kekal di iPhone anda.
Untuk iPhone dengan iOS 17 ke atas. Percuma untuk bermula.
MAE
kini
Anda telah membayar RM 12.50 kepada ZUS COFFEE.
Selamat malam, Aina
Selamat dibelanjaGaji dalam 9 hari
RM 86RM 84sehari
Terkini
βZUS CoffeeMakanan & Minuman Β· MAEβ12.50
πGrabPengangkutan Β· TNGβ18.00
βTambah nilai WiseCIMB β Wise100.00
πΆUnifiBil Β· Maybankβ139.00
UtamaAktivitiLaporanRancangLagi
Bukan sekadar aplikasi catat belanja
πCatat sendiriDaripada notifikasi bank.
π Ikut hari gajiSelamat belanja sampai gaji.
π¦Langsai pinjamanTerus daripada CCRIS.
π²πΎUntuk MalaysiaMAE, TNG, LHDN, BM.
πKekal di telefonTiada daftar. Tiada pelayan.
Belanja macam biasa. Kire yang catat.
Bank hantar notifikasi
MAE, CIMB OCTO, TNG eWallet, Wise dan lain-lain sudah beritahu setiap kali duit bergerak.
Kire baca di telefon anda
Shortcut iPhone hantar notifikasi kepada Kire. Ia ambil jumlah, nama kedai dan akaun, dan tahu tambah nilai atau pindahan ke akaun sendiri bukan perbelanjaan.
Bajet anda terus dikemas kini
Kire belajar kategori daripada pilihan anda, jadi ZUS Coffee terus masuk Makanan & Minuman lain kali tanpa ditanya.
Tahu berapa yang selamat dibelanja sampai gaji masuk
Beritahu Kire hari gaji anda. Ia asingkan bil yang perlu dibayar sebelum itu dan tunjuk berapa boleh dibelanja sehari. Gaji masuk awal sebab 25hb jatuh hari Ahad? Kire tahu.
Kalendar gaji dengan setiap bil dan gaji
Peraturan gaji hujung minggu dan gaji awal
Kenaikan gaji tahunan dikira untuk bulan akan datang
Lihat semua pinjaman di satu tempat: berapa banyak gaji untuk pinjaman, yang mana perlu dilangsaikan dulu, dan bila anda bebas hutang.
Pelan avalanche atau snowball, dengan carta
Beli Sekarang Bayar Kemudian dan pembiayaan dalam talian seperti SFinancing-i
Bayar separa, penuh atau lebih, dan lihat baki berkurang
Cadangkan kaunseling percuma AKPK bila bayaran terlalu berat
Bebas hutangOgos 2029
Faedah dijimatkanRM 4,180
GXBank18% Β· langsaikan dulu
AtomeTinggal 2 ansuran
Pinjaman keretaterus bayar ikut jadual
Laporan CCRIS anda, lebih jelas
Muat turun laporan percuma daripada eCCRIS Bank Negara dan buka dalam Kire. Setiap kemudahan di dalamnya, daripada pinjaman rumah dan kereta hingga kad, pinjaman peribadi dan PTPTN, menjadi pinjaman yang boleh dijejak, tanpa perlu menaip.
Pemberi pinjaman, jenis, had, baki dan ansuran bulanan bagi setiap kemudahan
Rekod bayaran 12 bulan dalam bahasa mudah: terkini, tertunggak, atau sudah dijelaskan
Disemak dengan jumlah dalam laporan, supaya tiada yang tertinggal
Ansuran menjadi peringatan bil, dan pelan AKPK dikenal pasti
Import semula setiap bulan untuk kemas kini baki
Dibaca di iPhone anda dan tidak dimuat naik. Kire hanya simpan 4 digit terakhir nombor akaun.
PDFLaporan eCCRIS8 kemudahan ditemui Β· jumlah sepadanβ
GXBankSudah dijelaskan
Kredit pusingan Β· β’β’4821
043322100000
Bulan terkini dahulu
Sewa beli keretaTepat masa
Baki RM 64,210 Β· RM 1,186 sebulan
Pinjaman perumahanTepat masa
Baki RM 312,900 Β· RM 1,540 sebulan
Bil dan langganan, walaupun dalam USD
Tambah Unifi, Maxis, Netflix atau pelan ngrok dan Claude sekali, dan Kire ingatkan sebelum tarikh akhir. Langganan asing ditukar ke ringgit pada kadar hari ini, termasuk caj kad anda.
Peringatan sebelum setiap tarikh akhir
Tandakan bil untuk pelepasan LHDN dan setiap bayaran dikira dalam Cukai
Batalkan bayaran dan semuanya kembali seperti asal
πΆMaxis3 hari lagi Β· Pelepasan gaya hidupRM 968.80
β³οΈClaude9 hari lagiUSD 20.00β RM 90.90
βΆοΈNetflixRM 30 dibayar Β· WiseRM 54.80
Tanya Kire tentang duit anda
Kire kira daripada akaun, bil dan pinjaman anda sendiri, kemudian AI dalam peranti Apple terangkan dengan bahasa mudah. Tiada apa dihantar ke pelayan.
Perlukan iPhone dengan Apple Intelligence.
Mampu tak saya belanja RM 300 bulan ini?
Boleh, tapi ketat. Selepas bil, tinggal RM 412 sampai gaji pada 25 Nov, kira-kira RM 46 sehari berbanding RM 79.
Menyimpan dengan rancangan
Tetapkan matlamat dengan tarikh dan Kire beritahu berapa perlu diasingkan setiap bulan. Booster MAE Tabung dikira sebagai simpanan, bukan perbelanjaan.
Dana kecemasan ikut perbelanjaan sebenar anda
Sasaran simpanan bulanan dan tahunan
Tabiat yang Kire perasan, seperti boros selepas gaji dan belanja hujung minggu
π‘οΈDana kecemasanSebelum Dis 2027 Β· MAE Tabung38%
RM 4,560 daripada RM 12,000RM 535 sebulan lagi
πUmrahSebelum Mac 202812%
Snap resit, simpan butirannya
Halakan kamera pada resit dan Kire baca nama kedai, tarikh dan jumlah, kemudian isi perbelanjaan untuk anda. Setiap transaksi boleh simpan bukti dan ceritanya.
Imbas dengan kamera atau pilih foto, dibaca di iPhone anda
Lampirkan foto, PDF dan apa-apa fail, seperti kad waranti dan invois
Tambah catatan, seperti untuk siapa anda bayar atau apa yang boleh dituntut
Simpan lokasi anda, dengan nama kedai berdekatan diisi sendiri
Taip pantas: "nasi lemak 8.50" atau "grab rm23 semalam" terus jadi
ZUS COFFEENilai 3
Spanish Latte12.90
Croissant6.50
SST 6%1.16
TOTAL20.55
RM 20.55
KategoriMakanan & Minuman
NotaZUS Coffee
Tempatπ ZUS Coffee, Nilai
Lampiranπ receipt.jpg
CatatanTuntut dari pejabat
Lihat ke mana duit anda pergi
Laporan bulanan pecahkan perbelanjaan ikut kategori, dan Kire belajar tabiat anda daripada 90 hari lepas, supaya anda nampak apa yang boleh diubah.
Laporan ikut kategori dan bulan, dengan trend
Ketik mana-mana bajet untuk lihat setiap transaksi dan baki sehari
Peta perbelanjaan dengan tempat teratas anda
Tabiat seperti belanja hujung minggu, boros selepas gaji dan kadar simpanan
Baki setiap akaun dan duit masuk serta keluar
RM 3,412Oktober
Makanan & Minuman34%
Barang dapur21%
Pengangkutan18%
Bil15%
Lain-lain12%
Hujung minggu 2.4Γ lebih mahalRM 96 sehari pada hujung minggu berbanding RM 40 pada hari biasa.
Anda simpan 18% daripada gajiSasaran biasa ialah 20%.
Tahu di mana anda berbelanja
Setiap perbelanjaan ingat di mana ia berlaku, dan Kire namakan kedai berdekatan untuk anda. Buka peta perbelanjaan untuk lihat bulan itu sebagai pin, kemudian tempat teratas mengikut jumlah belanja.
Pin berwarna ikut kategori, bulan demi bulan
Ketik pin untuk lihat dan ubah transaksi itu
Tempat teratas dengan jumlah belanja dan bilangan lawatan
Pilih kedai yang betul daripada tempat berdekatan jika Kire salah teka
Lokasi kekal di iPhone anda. Anda boleh matikan bila-bila masa.
βππβ½βπ¬
βZUS CoffeeHari ini Β· Makanan & Minumanβ12.50
Tempat teratas bulan ini
π Lotus's NilaiΓ4RM 612
π PetronasΓ4RM 400
π ZUS CoffeeΓ11RM 138
Musim cukai, sudah siap dijumlah
Tandakan perbelanjaan yang boleh dituntut, seperti buku, gajet, internet, gim, perubatan atau taska, dan Kire tambah ke pelepasan LHDN yang betul. Masukkan gaji, PCB dan zakat untuk lihat anggaran cukai perlu dibayar atau bayaran balik.
Setiap pelepasan LHDN dengan hadnya, diisi semasa anda berbelanja
Bil seperti Unifi atau keahlian gim ditanda pada setiap bayaran
Pelepasan pasangan, anak, KWSP, insurans dan SSPN disertakan
Anggaran untuk merancang, bukan pengganti e-Filing.
Anggaran cukaiRM 1,820
PCB dibayarRM 2,100
Kira-kira RM 280 dipulangkan selepas e-Filing
Gaya hidupRM 1,920 / 2,500
Sukan & gimRM 640 / 1,000
PerubatanRM 450 / 10,000
EPFRM 4,000 / 4,000
Semua dalam Kire
Rekod tanpa menaip
Notifikasi bank dan e-dompet direkod secara automatik
Bayaran Apple Pay direkod secara automatik
Pindahan antara akaun sendiri dan tambah nilai e-dompet dikenal pasti
Notifikasi berganda diabaikan
Kategori dipelajari daripada pilihan anda
Tambah pantas dengan ayat biasa, dalam BM atau English
"Quick add in Kire" dengan Siri
Imbas resit
Setiap ringgit, terperinci
Akaun bank, e-dompet, tunai, kad dan simpanan
Ikon atau emoji dan warna sendiri untuk setiap akaun
Jumlah baki dan baki setiap akaun
Catatan, foto, PDF dan fail pada mana-mana transaksi
Lokasi dan peta perbelanjaan
Mata wang asing dengan kadar hari ini dan caj kad anda
Booster MAE Tabung dikira sebagai simpanan
Gaji dan perancangan
Selamat dibelanja setiap hari sampai gaji
Kalendar gaji dengan setiap bil
Peraturan gaji hujung minggu dan gaji awal
Kenaikan gaji tahunan dalam ramalan anda
Bajet bulanan dengan amaran pada 80% dan bila melebihi
Bil dan langganan dengan peringatan
Bayar bil separa, penuh atau lebih, dan batalkan
Matlamat simpanan: kumpul, bulanan atau tahunan
Pinjaman dan kredit
Import laporan CCRIS daripada eCCRIS
Rekod bayaran 12 bulan, tertunggak atau sudah dijelaskan
Pembiayaan dalam talian seperti SFinancing-i, dengan keuntungan ditunjukkan
Ansuran ditanda daripada notifikasi bayaran balik
Pelan hutang: avalanche atau snowball, bayaran tambahan, tarikh bebas hutang
Berapa banyak gaji untuk pinjaman, dan panduan AKPK
Analisis dan AI
Tanya Kire, AI dalam peranti yang menjawab daripada angka anda sendiri
"Mampu tak?" dikira sebelum anda membeli
Profil, matlamat dan tabiat yang Kire pelajari
Laporan bulanan dan trend
Anggaran cukai LHDN dengan pelepasan
Peribadi dan mudah
Semua kekal di iPhone anda
Kunci Face ID dan sembunyi baki
Segerak iCloud dan sandaran penuh, dengan peringatan
Eksport CSV
Widget Skrin Utama dan Skrin Kunci, dengan tambah pantas
Bahasa Melayu dan English
Mod gelap dan terang
Data kewangan anda kekal di telefon anda
Tiada akaun untuk didaftar, tiada log masuk bank, tiada iklan. Kire baca notifikasi di iPhone anda dan simpan data di situ, atau di iCloud anda sendiri jika segerak dihidupkan.
Tidak pernah minta kata laluan bank
Berfungsi tanpa internet
Laporan CCRIS dibaca di telefon dan tidak dimuat naik
Baca notifikasi daripada apl yang anda sudah guna
Maybank MAE CIMB OCTO RHB Public Bank Hong Leong Bank Islam AmBank GXBank TNG eWallet Wise GrabPay ShopeePay Boost Atome SPayLater
Nama bank adalah tanda dagangan pemiliknya. Kire tidak bergabung dengan mana-mana bank. Lebih banyak ditambah apabila pengguna kongsi format notifikasi mereka.
Percuma untuk bermula
Percuma
RM 0
30 rekod automatik untuk dicuba
Rekod manual, bajet, bil
Hari gaji, laporan, cukai, peta
2 matlamat simpanan
Kire Pro
RM 4.90/bulan
atau RM 39.90 setahun
Rekod automatik tanpa had
Import CCRIS
Tanya Kire
Matlamat tanpa had
Soalan lazim
Adakah Kire bersambung dengan bank saya?
Tidak. Kire tidak pernah minta log masuk bank. Ia baca notifikasi yang apl bank anda sudah hantar, melalui Shortcut iPhone yang anda sediakan sekali.
Bagaimana dapatkan laporan CCRIS saya?
Daftar secara percuma di eCCRIS dalam laman web Bank Negara Malaysia, mohon laporan anda dan muat turun PDF. Kemudian dalam Kire, pergi ke Rancang, Pinjaman, Import laporan CCRIS dan pilih fail itu.
iPhone apa yang saya perlukan?
Mana-mana iPhone dengan iOS 17 ke atas. Rekod terus daripada notifikasi bank perlukan iOS 27, dan Tanya Kire perlukan iPhone dengan Apple Intelligence.
Berapa harganya?
Kire percuma untuk dimuat turun dan digunakan. 30 rekod automatik pertama anda juga percuma. Kire Pro berharga RM 4.90 sebulan atau RM 39.90 setahun, dan boleh dibatalkan bila-bila masa. Jika berhenti, tiada rekod anda yang hilang.
Ada versi Android?
Belum lagi. Buat masa ini Kire untuk iPhone sahaja.
Apa jadi pada data saya jika tukar telefon?
Jika anda log masuk ke iCloud, Kire pindahkan data anda ke iPhone baharu dengan sendirinya. Anda juga boleh pergi ke Lagi, ketik Buat sandaran sekarang dan simpan fail ke iCloud Drive, kemudian pilih Pulihkan daripada sandaran di telefon baharu.
Cuba kire-kire dulu.
Percuma untuk dimuat turun. 30 auto-log pertama atas kami.